Tuesday 8 July 2014

Sejarah Sekolah Kebangsaan Desa Lavang






        Sekolah Kebangsaan Desa Lavang (SKDL) ditubuhkan oleh Syarikat Perladangan Golden Hope Plantation Sdn. Bhd . cawangan Sarawak. Sekolah ini diserahkan kepada Peabat Pelajaran Daerah Miri/Bintulu dan beroperasi pada 20 April 2001.

       Lawatan pegawai dari Pejabat Pelajaran meninjau pembukaan Sekolah Kebangsaan Desa Lavang diwakili oleh Encik Haili Dolhan, Pegawai Pelajaran Miri Bintulu dari Pejabat Pelajaran Bahagian Miri, En. Saffiee Bin Dris, Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu dari Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, dan En. Edi, Penolong Penyelia di Pejabat PelajaranDaerah Bintulu. Pada awal pembukaan tersebut, hanya empat orang guru telah ditugaskan berkhidmat di SKDL termasuk Guru Besar. Sehingga kini (2014), SKDL mempunyai bilangan guru seramai 17 dan 3 orang kakitangan. Pra sekolah SKDL mula beroperasi pada tahun 2007.

        Semasa penjualan Saham Golden Hope kepada Sime Darby, sekolah ini telah diserahkan kepada Sime Darby untuk pengurusan bangunan dan infrastruktur. Sehingga sekarang, status sekolah ini adalah milik Sime Darby Plantation (Swk) Sdn Bhd. 

         Sepanjang SKDL beroperai, SKDL telah menerima anugerah Sijil USaha Gigih atas pencapaian yang baik dalamakademik, Sijil Peningkatan Pencapaian GPS dalam UPSR, manakala pada tahun 2010 dan 2011 SKDL telah menerima Tawaran Baru New Deals. 

No comments:

Post a Comment