Saturday 8 July 2017

SK Desa Lavang Johan!!

8 Julai 2017 (Sabtu).
Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan tarian Adek Manis 2017 kerana telah mendapat Johan dalam pertandingan Tarian Tradisional Sekolah Rendah bahagian Bintulu 2017. Pasukan Adek Manis turut mendapat anugerah Pakaian Tarian Melayu Terbaik, Kareografi Terbaik, dan Terbaik Rampaian Melayu yang mana terus menjulang pasukan Adek Manis untuk mernagkul Johan Keseluruhan. Buat pertama kali penyertaan dalam pertandingan Tarian Tradisional Sekolah Rendah, pasukan Adek Manis telah menyampaikan tiga persembahan iaitu Tarian Rampaian Melayu, Etnik (Alai Nguan) dari etnik Lun Bawang  dan Tarian Ayuh Kamih Mulun dari etnik Kelabit. TAHNIAH Cikgu Dzulfikhar Awang (Jurulatih utama), Cikgu Abdul Rauf (Pembantu jurulatih), Cikgu Jefonoritha Pengiran ( juru solek), dan Cikgu Barbara Okin (Juru dandan)  Atas kerjasama anda dalam menyediakan pasukan Adek Manis 2017. Pasukan Adek Manis akan mewakili Bahagian Bintulu ke peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung di Betong pada 19 Julai 2017.
Belakang: En Hasfarizal(PKKK SKDL), Pn. Puyang(PPD BINTULU} , Arman, Mohd Irfan, Syafiq, Hasmizal, Ambrose Sapong, Cik Barbara, En. Dzulfikhar dan En. Abd Rauf
Hadapan: Camelia Bangau (Simpanan), Sh. Nurdayini, Easter Bintong, Dewi Ulfiaturrohmah, Sharma Isa Lami dan Nadia Andrew Jemat. 


PIALA KEMENANGAN 2017




Sunday 26 February 2017

Promosi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) Peringkat Sekolah

Taklimat SKPMg2 telah diadakan di Kelas Tahun 6 bersamaan 27 Februari 2017 pada jam 12:55 tengah hari.

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) 

4.1.1 Guru Merancang Pelaksanaan Pdpc secara profesional dan sistematik
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran, menyediakan sumber pendidikan, menetapkan bilik / ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat kuasa.




Aspek 4.2 Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan pdpc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan

4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran secara terancang
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam pdp.


4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah, mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing  untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran  dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran

4.3.1 Guru membimbing murid secara profesional dan terancang
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta menggunakan sumber pendidikan, dan mengabung isi pelajaran dengan kemahiran / mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-sungguh



Aspek 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran

4.4.1 Guru mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjuru kepada pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajara, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan

4.4.2 Guru mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan



Aspek 4.5 Guru Sebagai Penilai
Guru sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid

4.5.1 Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan


Aspek 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif

4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah




Wednesday 15 February 2017

MAJLIS PENETAPAN KPI UPSR 2017



Calon-calon UPSR SK Desa Lavang 2017


PENDAHULUAN

15 Februari 2017 (Rabu). Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kehadiran murid sebelum bermulanya majlis.
Kehadiran para ibubapa ke majlis penetapan KPI UPSR 2017


Kehadiran para ibubapa ke majlis penetapan KPI UPSR 2017


OBJEKTIF

1.                  Meningkatkan kerjasama yang lebih akrab di antara pihak sekolah dan ibubapa dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam semua matapelajaran teras.
2.                  Menerangkan perkongsian maklumat tentang strategi  terkini untuk mencapai prestasi akademik  yang cemerlang kepada ibu bapa Tahun 6.
3.                  Membincangkan langkah terbaik dan kerja sepasukan untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Desa Lavang sebagai sekolah cemerlang dan berprestasi tinggi.
4.                  Menandatangani surat AKUJANJI pelajar bersama ibubapa.
 
Bacaan Doa Oleh Ustaz Kamarul Azmi

Ucapan aluan oleh Guru Besar Pn Kerdline Pepetchua Moss

Ucapan perasmian oleh Encik Roshaisam bin Roslee

Pembentangan Penetapan KPI Oleh PKPP En Johnris Bin Januku

Perasmian Penetapan KPI UPSR 2017

Juruacara Majlis 

TARIKH MAJLIS PENETAPAN KPI UPSR TAHUN 2017

Tarikh                         : 15 Februari 2017
Tempat                     : Kantin SK Desa Lavang
Masa                         : 7:30 pagi hingga 10.00 pagi
AJK PENGELOLA

Penaung                  :           Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah
Encik Fred Anak Entau
Penasihat                 :           Guru Besar
Puan Kerdline Pepetchua Moss
                                    :           Yang Dipertua PIBG
Encik Awang Hazman Bin Awang Yatem
Pengerusi                 :           Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Johnris Bin Januku
Naib Pengerusi 1    :           Penolong Kanan HEM
Encik Miehael Bin Paul Puji
Naib Pengerusi 2    :           Penolong Kanan Ko-kurikulum
Encik Hasfarizal Bin Baki
Setiausaha               :           Mohd Rafiedhan Bin Oton
Naib Setiausaha     :           Puan Jefonoritha Pengiran
Bendahari                :           Cik Teresa Senai Ak Richard Tuah
AJK                             :           Semua Guru dan Kakitangan sekolah

CADANGAN AJK PELAKSANA

Protokol                                :           Semua Penolong Kanan
Surat Jemputan Ibu bapa :        Cik Nurul Syuhada bt Kharit
                                                            Puan Shazneeza Nazneem Bt Abdul Wahab
Buku Program                     :           Encik Chairil Ak Micheal Mual Luing
Persiapan Tempat Duduk:          Encik Abdul Rau Bin Abdul Majid
                                                            Encik Anuar Bin Bakar
Backdrop & Pentas           :           Encik Hasfarizal Bin Baki
Encik Assan Ak Banta
PA Sistem                              :           Ustaz Kamarul Azmi Bin Hashim
                                                            Encik Chairil Ak Michael Mual Luing
Pengacara Majlis               :           Cik Tengku Nur ‘Aina Bt Tengku Alwi
                                                            Encik Mohd Rafiedhan Bin Oton
Dokumentasi                       :           Encik Miehael Paul Puji
Puan Jefonoritha Pengiran
Jurufoto                                :           Encik Dzulfikhar Bin Awang
Persembahan Slaid           :           Encik Johnris Bin Januku
Bacaan Doa                       :           Ustaz Kamarul Azmi bin Hashim
Keselamatan                       :           Encik John
                                                            Encik Jeffery
Kebersihan                           :           Puan Roseline
                                                            Puan Mandah
Sijil Aku Janji                         :           Tahun 6 – Ustazah Roziah Binti Lai
AJK Makanan                     :           Puan Norijan Binti Jek
                                                :           Ustazah Roziah Bt Lai
                                                :           Puan Gloria ak Edwin
                                                :           Cik Barbara Okin
Bacaan Ikrar Aku Janji calon-calon UPSR SKDL 2017

Penyampaian sijil penghargaan kepada Encik Roshaisam bin Roslee

Penyampaian sijil penghargaan kepada YDP PIBG SKDL En Awang Hazman Bin Awang Yatem

PENUTUP


            Program ini telah dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif kepada semua murid, guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa amnya supaya dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid tahun 6 pada masa UPSR tahun 2017 nanti.

Menandatangani aku janji dan penetapan KPI UPSR murid.
















Monday 13 February 2017

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH 2017

14 Februari 2017 (Selasa): Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia gPDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program telah disampaikan oleh SM Alfonso Ak Kassim,  Koperal Detective Gudang Ak Nyala dan Detective Tony Ak Mara.




Rasional:
Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebih positif.

UCAPAN PN KERDLINE PEPETCHUA MOSS

UCAPAN SM ALFONSO AK KASSIM

PERASMIAN PETI ADUAN

Penyampaian Sijil Penghargaan

Dari kiri : Pn Kerdline Pepetchua Moss, SM Alfonso ak Kassim, Koperal Detective Gudang Ak Nyala dan Detective Tony Ak Mara

Objektif:

1. Mweujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap fi antara pihak sekolah dan pihak PPS.

2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau diluar sekolah.

3. Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2009.



13 Februari 2017, Isnin. Pelancaran program Jom Ke Sekolah telah diadakan pada waktu perrhimpunan.  Murid-murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Peratus murid yang tidak hadir ini menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program peningkatan akademik tetapi objektif program tersebut tidak sampai kepada kumpulan sasaran.Oleh itu satu program "Jom Ke sekolah" telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia seluruh negara telah dilancarkan.Sekolah Kebangsaan Desa Lavang juga tidak ketinggalan dalam menjayakan program julung kali dilancarkan.Objektif:1. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.2. Mengurangkan masaalah disiplin.3. Meningkatkan keperihatinan sekolah dalam menangani masaalah disiplin di sekolah.4. Meningkatkan prestasi sakhsiah, akademik dan kokurikulum para pelajar5. Meningkatkan minat para pelajar untuk hadir ke sekolah. 



Saturday 11 February 2017

Mesyuarat Aku Janji Upsr 2017 SKDL

Mesyuarat Aku Janji UPSR 2017 telah diadakan pada 11.2.2017(Sabtu) pada jam 9.30 pagi di. Bilik guru SKDL. Mesyuarat tersebut membincangkan ahli jawatankuasa pelaksana dan tentatif program Aku Janji UPSR 2017.