Friday 25 July 2014

Bayaran Zakat Bagi Sarawak 2014 RM7.00

Bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2014 bagi negeri Sarawak adalah sebanyak RM7.00. tahniah Ustaz Kamarul Azmi kerana menjadi Amil bagi kawasan Desa Lavang, Sime Darby Plantation (Swk) Sdn. Bhd.

Salah seorang pembayar zakat datang bertandang membayar zakat pada malam hari.

Thursday 17 July 2014

Ucapan Aidilfitri daripada kami warga SKDL 2014


Lawatan SIC+ dan ketua Unit Pengurusan Akademik 8 Julai 2014



Lawatan SIC+ dan ketua Unit Pengurusan Akademik telah berlangsung pada 8 Julai 2014. Lawatan adalah berkisarkan kepada hal-hal pentadbiran, akademik tahap 1, UPSR dan Linus.

Wednesday 16 July 2014

Verifikasi Maklumat Di Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Operasi Tahun 2014

Taklimat Verifikasi Maklumat Di Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Operasi Tahun 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu bertarikh 17 Julai 2014 pada jam 1415 hingga 1700. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru Data bagi sekolah rendah. 

Ujian Pra UPSR AR3 Sk Desa Lavang 16 hingga 18 Julai 2014

Gambar sepanjang berlangsungnya ujian Pra UPSR AR3.

Sunday 13 July 2014

Perhimpunan Pagi SK Desa Lavang 14 Julai 2014




Pertandingan Eidul Ilmi di Masjid Daerah Bintulu

Pada 12 Julai 2014, seramai 12 orang peserta Sk Desa Lavang telah dihantar untuk menyertai program Eidul Ilmi yang dianjurkan oleh Masjid Daerah Bintulu diiringi Ustazah Salmi dan Cikgu Tengku Aina. Antara acara yang dipertandingkan ialah

1: Jawi tahap 1
2:Jawi tahap 2
3:Azan dan iqamah
4:Mewarna pra sekolah.

Sehubungan dengan itu, beberapa orang peserta dari Sk Desa Lavang telah berjaya memenangi beberapa kategori antaranya,

Jawi - Mohd Irfan - saguhati(tahap 1)
            Nur Farhana no.3 (Tahap 2)
Mewarna prasekolah -
-Haziq - no. 2
-Farisya - sagu hati
-Taufiq Muhaimin -sagu hati









                       

Thursday 10 July 2014

Pertandingan sketsa Minggu Panitia Bahasa Melayu Skdl 2014

Kumpulan terbahagi kepada 3 Kumpulan iaitu
l. Tun Hussein Onn
2.Tun Abdul Razak
3. tun Abdul Rahman

Wednesday 9 July 2014

Pertandingan Karaoke Lagu Melayu Minggu Panitia Bahasa Melayu 2014

Antara aktiviti Minggu Panitia Bahasa MelayuSKDL, pertandingan karaoke lagu-lagu Melayu yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan tahap2

Tuesday 8 July 2014

Calon-calon UPSR SKDL bagi tahun 2014


Sejarah Sekolah Kebangsaan Desa Lavang






        Sekolah Kebangsaan Desa Lavang (SKDL) ditubuhkan oleh Syarikat Perladangan Golden Hope Plantation Sdn. Bhd . cawangan Sarawak. Sekolah ini diserahkan kepada Peabat Pelajaran Daerah Miri/Bintulu dan beroperasi pada 20 April 2001.

       Lawatan pegawai dari Pejabat Pelajaran meninjau pembukaan Sekolah Kebangsaan Desa Lavang diwakili oleh Encik Haili Dolhan, Pegawai Pelajaran Miri Bintulu dari Pejabat Pelajaran Bahagian Miri, En. Saffiee Bin Dris, Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu dari Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, dan En. Edi, Penolong Penyelia di Pejabat PelajaranDaerah Bintulu. Pada awal pembukaan tersebut, hanya empat orang guru telah ditugaskan berkhidmat di SKDL termasuk Guru Besar. Sehingga kini (2014), SKDL mempunyai bilangan guru seramai 17 dan 3 orang kakitangan. Pra sekolah SKDL mula beroperasi pada tahun 2007.

        Semasa penjualan Saham Golden Hope kepada Sime Darby, sekolah ini telah diserahkan kepada Sime Darby untuk pengurusan bangunan dan infrastruktur. Sehingga sekarang, status sekolah ini adalah milik Sime Darby Plantation (Swk) Sdn Bhd. 

         Sepanjang SKDL beroperai, SKDL telah menerima anugerah Sijil USaha Gigih atas pencapaian yang baik dalamakademik, Sijil Peningkatan Pencapaian GPS dalam UPSR, manakala pada tahun 2010 dan 2011 SKDL telah menerima Tawaran Baru New Deals.