Showing posts with label Galeri. Show all posts
Showing posts with label Galeri. Show all posts

Friday, 31 October 2014

Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Bahasa Inggeris Tahap 1 (Siri 1)


Kursus Pemantapan Pedagogi Pemulihan Bahasa Inggeris Tahap 1 (Siri 1) telah diadakan pada 22 Oktober 2014 hingga 24 Oktober 2014, dan kemudian diteruskan pada 30 Oktober 2014 dan 31 Oktober 20114. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan dan menyediakan guru-guru Bahasa Inggeris dalam pemudahcaraan pelajar-pelajar yang lemah dala subjek Bahasa Inggeris terutamanya murid tahun 3 bermula tahun 2015. Kursus ini dihadiri oleh semua wakil guru Bahasa Inggeris sekolah rendah di bawah naungan PPD Bintulu.

Friday, 25 July 2014

Bayaran Zakat Bagi Sarawak 2014 RM7.00

Bayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2014 bagi negeri Sarawak adalah sebanyak RM7.00. tahniah Ustaz Kamarul Azmi kerana menjadi Amil bagi kawasan Desa Lavang, Sime Darby Plantation (Swk) Sdn. Bhd.

Salah seorang pembayar zakat datang bertandang membayar zakat pada malam hari.

Thursday, 17 July 2014

Lawatan SIC+ dan ketua Unit Pengurusan Akademik 8 Julai 2014



Lawatan SIC+ dan ketua Unit Pengurusan Akademik telah berlangsung pada 8 Julai 2014. Lawatan adalah berkisarkan kepada hal-hal pentadbiran, akademik tahap 1, UPSR dan Linus.

Wednesday, 16 July 2014

Verifikasi Maklumat Di Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Operasi Tahun 2014

Taklimat Verifikasi Maklumat Di Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Operasi Tahun 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu bertarikh 17 Julai 2014 pada jam 1415 hingga 1700. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru Data bagi sekolah rendah.